TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap Persatuan
Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mencari jalan terbaik bagi menangani isu
kekacauan yang timbul ketika perlawanan bola sepak membabitkan skuad
Harimau Malaya.
Timbalan Presiden FAM itu berkata beliau tidak mahu melihat insiden yang berlaku ketika pertemuan persahabatan Harimau Malaya dan Filipina Sabtu lepas berulang.
"Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan, saya harap FAM mencari jalan terbaik bersama pihak Ultras Malaya supaya kelakuan seperti malam itu tidak berterusan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Tengku Abdullah diminta mengulas mengenai tindakan liar Ultras Malaya membakar suar dan mercun ketika aksi persahabatan skuad negara dan Filipina di Stadium Selayang, Kuala Lumpur yang menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama lapan minit.